Nothing Mengacah Pengenalan Fon Kepala Baru – Headphone (a)

TechnologyLifestyle
26 Feb 2026 • 10:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing sedia menjadualkan acara khas pada minggu hadapan, dimana mereka akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Nothing Phone (4a). Selain daripada telefon pintar berkenaan, Nothing kini turut mengacah aksesori audio baharu pada acara berkenaan, iaitu sebuah fon kepala.

image is not available

Fon kepala berkenaan akan dikenali dengan nama Nothing Headphone (a), dan hadir dengan warna yang cerah dan terang. Gambar acah yang dikongsikan memperlihatkan penggunaan warna kuning untuk fon kepala berkenaan. 

Dengan penggunaan siri (a), Nothing dijangka memposisikan ia pada harga lebih rendah berbanding penawaran Headphone (1) sebelum ini – apatah lagi tidah hadir dengan rekaan ikonik lutsinar Nothing.

Sama-sama kita nantikan acara khas Nothing pada minggu hadapan, untuk melihat kejutan yang disediakan mereka melalui penawaran ini.