Perodua Akan Lancar EV Pertama Hujung Bulan Ini

LocalCars
11 Nov 2025 • 2:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perodua Akan Lancar EV Pertama Hujung Bulan Ini

RAWANG, 11 Nov (Bernama) — Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelancaran kenderaan EV Perodua buatan Malaysia sepenuhnya itu akan dijadikan Agenda Nasional.

“Kenderaan EV yang akan dilancarkan itu bersifat mampu milik, memenuhi kehendak nasional serta boleh menjana ekonomi (negara),” kata beliau ketika berucap semasa lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua di sini, hari ini.

Sumber: Bernama