Perodua Tak Tolak Kemungkinan Akan Tampil Sebagai Penaja Manchester United – “Mereka Sudi Untuk Letak Logo..”

LocalFootball
14 Feb 2025 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, jenama automotif tempatan iaitu Perodua tidak menolak kemungkinan akan menjadi sebagai penaja buat kelab ‘terkuat’ Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United di masa akan datang.

image is not available

Menurut pengerusi Perodua iaitu Tan Sri Asmat Kamaludin, kini pihaknya sedang menilai beberapa bentuk penajaan, termasuk hak penamaan kepada baju.

Kata Tan Sri, kini mereka hanya lebih memberi tumpuan kepada sukan yang berskala kecil seperti golf dan tennis.

image is not available

Jika ada tawaran rasmi, kami bersedia untuk mempertimbangkan. Baru-baru ini kami dapat surat dari Manchester United dan mereka menyatakan kesudian untuk meletakkan logo Perodua di salah satu baju mereka.

Jika perkara ini berlaku, Perodua akan mengikut jejak langkah syarikat automotif lain, seperti Chevrolet dari Amerika Syarikat dan Hyundai dari Korea Selatan, di mana sebelum kedua-duanya pernah bekerjasama dengan Manchester United.

image is not available 1 day ago

Laku Keras! Kereta Proton eMAS EV Paling Laris Di Malaysia