MU Lamar Perodua Untuk Taja Jersi! Perodua Masih Belum Beri Kata Putus

LocalFootball
14 Feb 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Syarikat automotif tempatan, PERODUA menjadi bualan hangat apabila dilamar kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United untuk menaja jersi mereka.

Bagaimanapun, Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan lamaran itu.

image is not available

"Baru-baru ini, saya ada menerima surat daripada Manchester United yang bertanya sama ada mereka boleh memaparkan logo PERODUA pada jersi mereka dan sama ada kami berminat untuk menaja mereka.

"Saya biasanya tidak berkongsi perkara seperti ini secara terbuka, tetapi secara peribadi, saya sebenarnya penyokong Arsenal. Kalau saya buat begitu, rasa macam tak adil untuk Arsenal," katanya secara berseloroh ketika ditemui pada sidang media Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan di Saujana Golf and Country Club, di sini hari ini.

Sekiranya tajaan itu dimeterai, PERODUA bakal mengikut jejak langkah syarikat automotif antarabangsa lain seperti Chevrolet dari Amerika Syarikat dan Hyundai dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama dengan United.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved