Perodua Tampil Mohon Maaf Mengenai Isu Notis Etika Pakaian Pelanggan Lepas Teruk Kena Kecam

10 Aug 2023 • 12:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kami melaporkan yang pengurus perkhidmatan Pusat Servis Perodua 1 di Semambu, Kuantan telah menurunkan notis mengenai etika pakaian yang perlu diikuti pelanggan selepas teruk dikecam ramai.

Terkini! Menurut satu hantaran di Facebook, Perodua berkata kini mereka sedang melakukan siasatan rasmi berhubung perkara itu bagi memastikan insiden seumpama sebegitu tidak berlaku lagi.

image is not available

Bukan tu jer, Perodua juga turut minta maaf atas kesulitan yang pelanggan hadapi di pusat servis berkenaan.

Notis etika pakaian di pusat servis itu menjadi isu besar apabila ramai yang berpendapat bahawa pusat servis bukanlah pejabat kerajaan.

image is not available

Ada juga seorang pengguna Facebook berkata, perkara ini secara tak langsung akan menakutkan pelabur automatif asing yang ingin membuka pejabat di Malaysia.

Perodua dah pun minta maaf. Kita maafkan saja lah ya. Apapun, customer always right!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media