Peroleh Lesen Juruterbang Ketika Sekolah, Pesawat Learjet 60 Jadi Penerbangan Terakhir Nathalia

3 Nov 2026 • 6:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

juruterbang nahas learjet 60 ft

Impian seorang gadis muda untuk meneruskan minatnya dalam dunia penerbangan tidak kesampaian apabila kisah hidupnya berakhir dengan tragis apabila pesawat Learjet 60 yang dikendalikannya terhempas di Palm Beach County, Florida, pada Ahad lalu.

Dalam nahas itu, Nathalia Gadelha Filgueiras, 20, merupakan antara sembilan individu yang maut selepas pesawat dalam penerbangan dari Austin, Texas menuju ke Bahamas menjunam sebelum terhempas di kawasan kediaman.

Screenshot 2026 11 03 175641

Ibunya, Camila, bersama bapa tirinya mengesahkan identiti mangsa, selain memaklumkan anaknya sudah bekerja sebagai juruterbang komersial selama sembilan bulan.

Camila berkata, dia sebenarnya sudah lama bimbang impian anaknya untuk menjadi juruterbang suatu hari nanti akan memisahkan mereka, namun tetap berbangga melihat Nathalia berjaya mengejar cita-citanya.

“Saya tahu suatu hari nanti pesawat akan memisahkan kami. Saya sentiasa sedar perkara itu, tetapi saya tetap bangga dengannya kerana dia berjaya mengejar impiannya.

“Semua orang sangat kagum dengannya dan mengambilnya bekerja kerana tahu kebolehannya serta betapa dia mencintai bidang penerbangan,” katanya.

Camila juga mengenang Nathalia sebagai seorang anak yang baik, bertanggungjawab dan rajin bekerja.

Screenshot 2026 11 03 180423

Artikel berkaitan: Percutian Bertukar Tragedi, Kronologi Pesawat Terhempas Di Florida Dari Ketinggian 35,000 Kaki

Artikel berkaitan: Bau Busuk Bongkar Penemuan M*yat Dalam Ruang Roda Pesawat Di KLIA2

Mula belajar sejak usia remaja, dapat lesen ketika masih sekolah

Menurut laporan, Nathalia yang berperanan sebagai pembantu juruterbang memperoleh lesen juruterbang persendirian ketika dia masih menuntut di sekolah menengah. Walaupun baru berusia 20 tahun, Nathalia sudah memiliki pengalaman penerbangan selama 1,300 jam.

Katanya, Nathalia mula mempelajari bidang penerbangan pada tahun 2020 selepas jatuh cinta dengan bidang itu sejak kecil.

Minat tersebut tercetus apabila dia beberapa kali dibawa menaiki pesawat kecil jenis Beechcraft Bonanza milik bapanya yang turut mempelajari bidang penerbangan sebagai hobi pada 2018.

Anak kedua daripada tiga beradik perempuan itu kemudian berjaya memperoleh lesen juruterbang menerusi pembiayaan Akademi Penerbangan Daerah Sekolah Palm Beach selepas program berkenaan diperkenalkan pada 2023.

Selepas mendapat lesen, Nathalia bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah penerbangan di Fort Lauderdale sebelum mengembangkan kerjayanya sebagai juruterbang.

Screenshot 2026 11 03 175336

Difahamkan, dia sebenarnya menyimpan impian untuk menjadi juruterbang syarikat penerbangan komersial, namun usianya ketika itu masih terlalu muda untuk memohon pekerjaan di American Airlines.

Malah, Nathalia sering berkongsi minatnya terhadap dunia penerbangan menerusi media sosial, termasuk video bersama teman lelakinya yang juga seorang juruterbang.

Dia sebelum ini pernah menyifatkan peluang menjadi juruterbang sebagai pengalaman istimewa kerana tidak semua orang berpeluang merasainya.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved