
LAHAD DATU: Perpaduan kaum yang menjadi tunjang utama kepada kemakmuran dan keamanan negara perlu dikekalkan demi memelihara kemerdekaan, keharmonian dan kedaulatan negara kita.
Pegawai Penerangan Daerah Hendry Nurdin berkata, perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama adalah satu nikmat yang amat berharga.
Justeru itu, perpaduan ini perlu dipupuk agar kemerdekaan negara terus berkekalan demi generasi anak bangsa akan datang.
Katanya, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama kita.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Rakyat, khususnya di daerah ini perlu mengambil peluang untuk bersama menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan.
“Kibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat cintakan negara kita serta menyertai pelbagai program yang dianjurkan,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


