
Perplexity kini menawarkan kemaskini kecil pada perkhidmatan mereka, membolehkan para pengguna melakukan carian melibatkan jadual penerbangan. Melalui sokongan ini, pengguna hanya perlu memasukkan nombor penerbangan, dan seterusnya Perplexity akan memaparkan jadual penerbangan berkenaan.

Perplexity juga akan memaklumkan sekiranya penerbangan menghadapi kelewatan, selain turut menyertakan lokasi dan pintu pelepasan untuk penerbangan berkenaan.
Bagi anda yang berminat, boleh melayari Perplexity, dan melakukan input kod penerbangan, dan ia memaparkan jadual serta maklumat berkaitan dengannya.

