Perplexity Perkenal Pelayar Web Comet Untuk Pengguna iOS

TechnologyDigital
19 Mar 2026 • 2:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perplexity, salah satu syarikaf memfokuskan kepada kecerdasan buatan, sebelum ini telah menawarkan pelayar web mereka tersendiri untuk desktop dan juga Android. Hari ini, mereka turut memperluaskan penawaran, dan telah mula menawarkan pelayar web Comet mereka untuk pengguna iOS.

image is not available

Dengan pelayar web Comet, pengguna boleh melayari web seperti biasa, dan pada masa yang sama dengan serta merta mengakses sokongan kecerdasan buatan janaan dalam mendapatkan bantuan atau jawapan. Perplexity turut menyertakan integrasi mod audio pada Comet untuk iOS, membolehkan anda bertanya soalan secara lisan dan menerima jawapan. Ciri kecerdasan buatan janaan lain, termasuk untuk bertanya pelbagai perkara, kajian mendalam dan penaakulan turut disertakan pada pelayar web ini.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun aplikasi Comet ini dari App Store hari ini.