
Kota Kinabalu: Persatuan Karate Sabah (SKA) dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa Piala Datuk Bandar KL ke-10 yang berakhir di Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, Ahad lalu.
Pasukan itu mengungguli carta pungutan pingat selepas meraih keseluruhan 13 pingat emas, lapan perak dan enam gangsa, diikuti Majlis Sukan Pahang di tempat kedua dengan 10 emas, 10 perak dan 18 gangsa, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Hayashi-Ha Kuala Lumpur yang membawa pulang enam emas, empat perak dan 13 gangsa.
Sepuluh pemenang emas individu terdiri daripada Bibi Aysha Muhammad Zain (Kata Individu Kadet Wanita); Shawanda Dania Sharul (Kumite Individu Junior Wanita -48kg); Muhammad Afiq Hazriq Sedry (Kata Individu Lelaki Bawah 14 Tahun); Nur Ain Humairah Abdul Rahman (Kata Individu Wanita Bawah 14 Tahun); Adlin Vince Viceroy (Kata Individu Lelaki Kadet); Nur Rasyiqah Fari’ah Razmi (Kata Individu Wanita Kadet); Danish Rayyan Rajis (Kumite Individu Lelaki Kadet -57kg); Nur Rasyiqah Fari’ah Razmi (Kumite Individu Wanita Kadet -54kg); Muhammad Syahzrullah Halim (Kumite Individu Lelaki Kadet -52kg); dan Al Zovainz Zurizal (Kumite Individu Lelaki Kadet -63kg).
Tiga lagi pingat emas diperoleh menerusi acara berpasukan iaitu Kata Berpasukan Lelaki (Muhammad Afiq Hazriq Sedry, Muhammad Afiq Almando, Adham Iffathabeeb Azmarul Ardi); Kumite Berpasukan Lelaki Kadet – Sabah A (Muhammad Syahzrullah Halim, Al Zovainz Zurizal, Danish Rayyan Rajis); dan Kata Berpasukan Wanita Kadet Junior (Bibi Aysha Muhammad Zain, Nur Rasyiqah Fari’ah Razmi, Shawanda Dania Sharul).
Pingat perak pula disumbangkan oleh Cimberleigh Francene Christopher (Kata Individu Perempuan 10-11 tahun); Kumite Berpasukan Lelaki Kadet – Sabah B (Chrisly Shawn Christopher, Caleb Wong Zu Xuan, Qaish Mokhtar AlBukhary Tsabbit Aqdamana); Kumite Berpasukan Perempuan (Iona Siew Lin Maria Fernandez King, Ivy Catrinaz Zurizal, Nur Ain Humairah Abdul Rahman); Muhammad Afiq Almando (Kata Individu Lelaki Bawah 14 Tahun); Caleb Wong Zi Xuan (Kata Individu Lelaki Kadet); Ivy Catrinaz Binti Zurizal (Kumite Individu Wanita Bawah 14 Tahun -47kg); Iona Siew Lin Maria Fernandez King (Kumite Individu Wanita Bawah 14 Tahun +52kg); dan Amirah Syahindah Azlan (Kumite Individu Wanita +61kg).
Sementara itu, penerima pingat gangsa ialah Nur Hafidzatul Alma Jakaria (Kata Individu Wanita Senior); Jude Joseph Johannes (Kumite Individu Lelaki Senior -67kg); Danish Rayyan Rajis (Kata Individu Lelaki Kadet); Chrisly Shawn Christopher (Kumite Individu Lelaki Kadet -52kg); Adlin Vince Viceroy (Kumite Individu Lelaki Kadet -63kg); dan Kumite Berpasukan Wanita (Amirah Syahindah Azlan, Nur Rasyiqah Fari’ah Razmi, Shawanda Dania Sharul).
Setiausaha Agung SKA Julian Chin melahirkan rasa gembira terhadap prestasi keseluruhan skuad seramai 21 ahli itu dalam kejohanan empat hari berkenaan.
“Kami hanya menggesa mereka supaya memberikan persembahan terbaik menentang peserta lain terutama dari luar negara dan untuk pulang dengan gelaran juara keseluruhan adalah sesuatu yang tidak dijangka serta satu pencapaian amat membanggakan.
“Terima kasih kepada pengurus pasukan Tengku Fazlina Tengku Ibrahim, ibu bapa, jurulatih, atlet dan semua pegawai pasukan atas kerja keras dan sokongan mereka yang telah mengharumkan nama Sabah. Diharap kejayaan ini akan menjadi motivasi kepada yang lain,” katanya.



