Persatuan Nelayan Sabak Bernam didenda RM320,000

LocalBusiness & Finance
21 Aug 2026 • 2:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Diesel Persatuan Nelayan

KUALA SELANGOR: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sabak Bernam didenda sebanyak RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan berkaitan penyelewengan diesel bersubsidi pada Mac dan Julai lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari berkata, denda tersebut diputuskan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas pengurus yang mewakili persatuan tersebut mengaku bersalah.

Katanya, PNK Sabak Bernam sebagai pihak yang disaman (OKS) didakwa berurusan dengan barang kawalan iaitu diesel secara tanpa lesen yang sah dan gagal mematuhi syarat lesen runcit pada 5 Mac dan 30 Julai lalu.

“Bagi kes pertama yang dilakukan pada 5 Mac, pihak persatuan mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan dalam kes pertama di bawah Peraturan 3(1) serta 13(2), PeraturanPeraturan Kawalan Bekalan 1974 dan dikenakan denda RM80,000 bagi setiap pertuduhan.

“Sementara pada 30 Julai pula, persatuan tersebut turut dituduh di bawah Peraturan 3(1) peraturan yang sama dan didenda sebanyak RM160,000,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam prosiding tersebut, pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya KPDN Selangor, Norhashimah Hashim sementara pihak persatuan diwakili oleh peguam bela yang dilantik bagi pihak mereka.

Muhamad Hanif menjelaskan, siasatan oleh pihaknya sebelum ini mendapati PNK Sabak Bernam yang dilesenkan untuk menjual diesel secara runcit kepada nelayan bagaimanapun membenarkan pihak ketiga iaitu sebuah syarikat tidak berlesen menguruskan penjualan bahan api itu secara borong.

“Tindakan tersebut bercanggah dengan syarat kelayakan lesen runcit barang kawalan berjadual, yang menetapkan bahawa bekalan diesel berkenaan hendaklah dijual secara terus kepada bot-bot nelayan tempatan yang berdaftar,” tambahnya.

“Sabitan kes itu membuktikan komitmen berterusan dalam membanteras sebarang aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan bersubsidi. Tindakan tegas tanpa kompromi akan terus diambil terhadap mana-mana pemegang lesen atau persatuan yang melanggar syarat lesen serta menyalahgunakan subsidi,” tegasnya. – UTUSAN

The post Persatuan Nelayan Sabak Bernam didenda RM320,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved