WCE wujudkan potensi pembangunan ekonomi utara Selangor

LocalBusiness & Finance
21 Aug 2026 • 8:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

WCE SABDA

SHAH ALAM: Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) yang merupakan projek ekonomi di ‘Anjung Utara’ negeri ini antara yang bakal menerima kesan langsung daripada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) apabila siap sepenuhnya nanti.

Lebuh raya yang merentangi kawasan pantai barat dari bahagian selatan Selangor hingga ke utara Perak sepanjang 233 kilometer itu dijangka merancakkan lagi aktiviti ekonomi khususnya di kawasan Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembangunan lebuh raya itu dijangka akan dipercepatkan dan ia menjadi peluang bagi meneruskan projek SABDA serta potensi-potensi kemajuan tanah-tanah di kawasan terlibat.

“WCE akan mempercepatkan tempoh (perjalanan) dan dengan sebab itu (ia akan) membuka potensi di sana. SABDA adalah contoh projek yang kita buat. Walaupun ketika ini SABDA agak perlahan tetapi ia masih progresif.

“Kalau tiada WCE, penduduk terpaksa mengambil masa sehingga dua jam bagi perjalanan antara Shah Alam dan Sabak Bernam. Mereka tak boleh tinggal di sana dan bekerja di Shah Alam kerana kos yang terlalu tinggi,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Rancangan Selangor Ke-2 (RSK2) bersama ketua-ketua pengarang yang turut dihadiri Pengarang Utusan Malaysia / Mingguan Malaysia, Aznan Bakar.

Amirudin menambah, apabila jajaran utara yang melibatkan pembangunan Seksyen 7 WCE itu siap, ia dijangka memendekkan tempoh perjalanan antara 30 hingga 45 minit berbanding dua jam mengikut laluan sedia ada.

“Kita boleh unlock potensi (guna tanah), paling tidak pun perumahan. Orang boleh tinggal di Tanjong Karang dan bekerja di Shah Alam ataupun Klang dalam tempoh setengah jam untuk sampai,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan cadangan kerajaan negeri untuk meningkatkan akses pengangkutan awam wajar disambungkan dengan infrastruktur awam berkenaan sebagai kemudahan jalan yang lebih baik.

“Ada inisiatif regional, tetapi ia mesti bersambung dengan infrastruktur awam iaitu WCE ataupun jalan raya yang lebih baik. Pengajaran itu penting dalam Rancangan Selangor Pertama (RS1). Itu yang jadi (perlahan) pada (projek) SABDA.

Begitu juga pada projek Wilayah Pembangunan Berintegrasi Selatan Selangor (IDRISS), ia jadi lambat sebab isu jalan tak selesai. Sekarang kita sudah hampir selesaikan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR). Kita ingat ia akan lebih rancak dan laju,” ujarnya. – UTUSAN

The post WCE wujudkan potensi pembangunan ekonomi utara Selangor appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved