Persempadanan semula DUN boleh dibuat lepas lapan tahun

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 4:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Persempadanan semula DUN boleh dibuat lepas lapan tahun

SEREMBAN: Proses persempadanan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya boleh dilakuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas tempoh lapan tahun.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Kabinet bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan proses itu bagi memastikan tiada jurang terlalu besar antara sesebuah DUN.

“Proses itu (persempadanan semula) tidak bermula. Sebelum ini, selepas lapan tahun proses persempadanan boleh dilakukan.

“Namun, sikap Perdana Menteri dan pimpinan dalam Jemaah Menteri adalah yang menjadi fokus untuk pastikan tidak berlaku jurang yang terlalu besar di antara DUN dalam satu-satu negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, jika Pakatan Harapan menang (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, ia berpotensi mengubah landskap politik negeri ini menerusi pertambahan jumlah kerusi DUN.

Beliau mendakwa DUN yang mempunyai jumlah pengundi besar dan kini diwakili PH berkemungkinan dipecahkan kepada beberapa kawasan baharu pada masa hadapan.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PH pada masa sama menyelar tindakan parti lawan yang cuba membangkitkan sentimen Melayu-Islam semasa kempen PRN kali ini.

Katanya, kepentingan orang Melayu dan Islam sentiasa terbela menerusi peruntukan dan pembinaan masjid baharu di negeri ini.

“Sudah pasti, kita tidak akan berkompromi dalam apa-apa perkara yang seolah-olah memberi bayangan, (PH) mengurangkan kuasa Melayu Islam.

“Walhal, kita tahu mungkin sukar untuk Datuk Seri Takiyuddin mengiktiraf di bawah pentadbiran Tok Min (Menteri Besar Negeri Sembilan) jumlah masjid baharu yang dibina di bawah kerajaan ini adalah jumlah paling besar.

“Jumlah kutipan zakat paling tinggi dan pemberian elaun kepada imam juga antara paling tinggi berbanding zaman-zaman dulu.

“Inilah kempen yang tidak sihat, cuba menakut-nakutkan sebab dia tidak ada asas fakta untuk bertarung dengan pencapaian dan prestasi Tok Min yang diiktiraf oleh penduduk,” katanya.-UTUSAN

The post Persempadanan semula DUN boleh dibuat lepas lapan tahun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved