Persiapan Dah 60% Siap, Siti Saleha Bakal Bergelar Isteri Dengan Pereka Fesyen Dalam Waktu Terdekat

LocalEntertainment
16 Jan 2025 • 12:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Siti Saleha memaklumkan dia bakal bergelar isteri buat kali kedua bersama jejaka pilihan, Joshua Fitton dalam waktu terdekat.

Namun begitu, Siti Saleha tidak memberitahu tarikh sebenar majlis tersebut akan dilangsungkan.

Ya, kami akan berkahwin. Setelah tiga tahun bersama, kini tiba masanya kami mengambil langkah seterusnya.

Berkongsi mengenai persiapan perkahwinan, Siti Saleha berkata urusan itu sudah mencapai tahap 60% dan bakal selesai tidak lama lagi.

Persiapan kini berada pada tahap 60 peratus dan bakal disempurnakan dalam tempoh singkat. Dari segi kerja pula saya cuma habiskan penggambaran tiga hari lagi sebelum fokus sepenuhnya kepada majlis.

Maklumnya lagi, majlis resepsi bakal berlangsung luar Kuala Lumpur dan diakana secara sederhana dan tertutup manakala keluarga Joshua pula akan diraikan lebih meriah.

Dia asal Melaka dan anak sulung yang belum berkahwin. Jadi keluarganya sangat teruja bahkan untuk belah Melaka, resepsi juga dirancang lebih besar.

Menganggap fasa perkahwinan kelak sebagai satu babak baru dalam hidupnya, Siti Saleha mengakui berasa gementar dan memohon doa peminat di luar sana.

Siti Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar namun becerai pada tahun 2021 setelah 4 tahun bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hours ago

"Kalau Tak Jelas Lagi Tak Tahulah" - Uyaina Arshad Anggap Kebakaran Di LA Sebagai Amaran Tuhan Buat Amerika Syarikat