Persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2026 capai 80 peratus

15 Aug 2026 • 4:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2026 capai 80 peratus

SEPANG – Persiapan bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026 kini mencapai 80 peratus, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah.

Beliau berkata latihan telah dimulakan di pelbagai peringkat dan lokasi tertentu, manakala petugas kementerian akan mula berada di lapangan, pada minggu terakhir sebelum sambutan.

“Persiapan setakat ini 80 peratus berada dalam keadaan sebenar. Kita berdoakan supaya usaha-usaha yang berkaitan cuaca dan persiagaan aset dapat disembuhkan,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas sambutan Hari Orang Asal 2026 di Kampung Kelinsing, yang merupakan Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.

Abdul Halim berkata 21 Ogos ini juga merupakan tarikh penting bagi persiapan sambutan itu, apabila serah terima lokasi akan disempurnakan bersama dengan Perbadanan Putrajaya.

Mengenai penglibatan sektor korporat, beliau berkata kerajaan setakat ini menerima tajaan berjumlah RM48.63 juta bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026.

“Ini menunjukkan kesungguhan pihak korporat dan juga syarikat dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026,” katanya.

Abdul Halim berkata beberapa elemen kelainan turut akan diketengahkan dalam sambutan tahun ini, namun masih menjadi rahsia.

Beliau mengajak orang ramai hadir ke Dataran Putrajaya pada 29 Ogos ini, bagi menyaksikan raptai penuh sambutan.

“Masih lagi rahsia apa yang menarik. Jadi saya mengundang untuk semua datang ke Dataran Putrajaya khususnya pada hari raptai penuh 29 Ogos ini. Kita jumpa di sana,” katanya. – Bernama

The post Persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2026 capai 80 peratus appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved