Speedy Tigers intai kejutan

15 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Speedy Tigers intai kejutan

SKUAD hoki negara wajib turun dengan persiapan paling ampuh untuk menghadapi saingan Piala Dunia Hoki 2026 yang membuka tirai saingan hari ini.

Walaupun berhasrat untuk mencipta keputusan positif, pengendali Speedy Tigers, Brendon Carolan tidak mahu meletakkan tekanan tambahan buat pemainya kerana sedar skuad negara berada dalam kumpulan B bersama finalis edisi lepas, Jerman dan Belgium.

“Saya tidak melabelkan ia sebagai kumpulan maut, sebaliknya ia adalah kumpulan yang memberikan peluang kepada kami. Semuanya bergantung kepada cara kami melihat situasi kerana sasaran utama kami adalah Sukan Asia.

“Jika kami mahu layak Sukan Olimpik, kami mesti mampu tewaskan lapan pasukan terbaik dunia. Itulah realitinya, jadi kami menerima undian ini secara positif terutamanya Sukan Asia akan berlangsung September ini,” katanya.

Misi memenangi pingat emas Sukan Asia menjadi sasaran utama kerana bakal menjanjikan slot ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Skuad negara akan membuka saingan juara bertahan, Jerman di Belfius Hockey Arena malam ini dan diikuti pertemuan menentang Perancis (Isnin) sebelum berentap dengan Belgium (20 Ogos).

Sementara itu, penjaga gol negara, Muhamad Zaimi Mat Deris mahu menjadikan penampilan sulungnya di Piala Dunia sebagai detik paling bermakna dalam kariernya.

“Apabila terpilih sudah tentu saya nak bermain, nak merasa lawan pasukan-pasukan besar di sana. Bagi saya, siapa nombor satu atau dua tidak penting.

“Apa yang saya buat adalah fokus kepada prestasi dalam padang sama ada semasa latihan atau perlawanan. Jika diberi peluang, saya akan lakukan yang terbaik untuk pasukan,” katanya.

The post Speedy Tigers intai kejutan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved