
Kota Kinabalu: Persiapan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berjalan lancar.
Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata persiapan bagi 12 program berkaitan sambutan telah dilaksanakan sejak awal Mei tahun ini.
“Kita sudah bersedia dan mesyuarat terakhir sudah diadakan namun kita masih berkomunikasi dengan Jawatankuasa Pelaksana, Jawatankuasa Kecil dan daripada pihak urusetia untuk memastikan perjalanannya lebih lancar lagi.
“Sabtu ini (5 Oktober) istiadat perbarisan akan diadakan dan terdapat tiga siri raptai bersama semua yang terlibat bermula pada Selasa yang diselia oleh Jawatankuasa Pelaksana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more “Sebanyak 89 kontinjen akan terlibat dalam penganjuran kali ini yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan, swasta, persatuan-persatuan, pelajar Institut Pengajian Tinggi dan sekolah,” ujarnya pada idang media Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, pada Isnin.
Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan terbabit turut menjemput semua lapisan masyarakat untuk hadir dan memeriahkan sambutan Sabtu ini.
“Saya menyeru kepada rakyat Sabah agar sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan TYT Sabah dan Isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta seisi keluarga agar mereka sentiasa dilindungi dan diberkati.
“Kita sebagai rakyat Sabah seharusnya bersyukur kerana berpeluang bernaung di bawah kepimpinan yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama,” tambahnya.
Selain itu, program yang dirancang antaranya Konvoi Kembara 2024 (24-25 Ogos), Kejohanan Golf Amal TYT Sabah (28 September) dan bakal menyusul ialah Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat, esok (Khamis).
Turut berlangsung, Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat Kebesaran Sabah dan Majlis Jamuan Negeri di Istana Seri Kinabalu, pada Sabtu ini.
Menurutnya, di peringkat daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga menaikkan papan iklan di daerah masing-masing sebagai tanda meraikan sambutan seawal September selepas Sambutan Hari Malaysia.
Hadir sama, Pembantu Menteri II Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Mohammad Hamsan Awang Supain, Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr.Jamili Nais, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor dan Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.




