Persiaran Pantai Sinaran Kini Dikenali Persiaran Chin Fung Kee, Hargai Legasi Tokoh Jurutera Negara

30 Apr 2026 • 7:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan besar tokoh kejuruteraan negara, mendiang Tan Sri Prof Dr Chin Fung Kee kepada pembangunan Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, penamaan semula jalan sepanjang kira-kira 800 meter itu dibuat susulan permohonan rasmi oleh The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) bagi mengiktiraf jasa beliau dalam projek infrastruktur utama negeri.

image is not available

Katanya, lokasi jalan yang terletak berhampiran Jambatan Pulau Pinang itu dipilih kerana mempunyai nilai simbolik yang tinggi, memandangkan mendiang Chin merupakan antara jurutera utama yang terbabit dalam pembinaan jambatan berkenaan.

image is not available

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sumbangan mendiang Chin bukan sahaja signifikan di peringkat negeri, malah turut memberi impak besar dalam pembangunan kejuruteraan negara dan dunia.

“Di persada dunia, kepakaran beliau diiktiraf menerusi ‘Chin Method’ yang merevolusikan industri cerucuk serta inovasi galas getah asli untuk ketahanan seismik yang kini digunakan di seluruh dunia, yang bukan sahaja menjimatkan kos dan masa, malah membuka pasaran baharu bagi industri getah asli Malaysia,” katanya.

image is not available

image is not available

Mendiang Chin dilahirkan pada 1923 dan meninggal dunia pada 29 Ogos 1990. Sepanjang hayatnya, beliau bukan sahaja berperanan dalam pembangunan infrastruktur negara, malah turut menyumbang dalam bidang akademik termasuk sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) serta pernah memangku jawatan Naib Canselor institusi tersebut.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved