
Kota Kinabalu: Keharmonian yang terbina dalam hubungan masyarakat pelbagai budaya, bangsa dan agama di Sabah perlu sentiasa dipertahankan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Beliau berkata, ia merupakan kekuatan dan identiti penting negeri Sabah yang mempunyai 35 etnik dan 217 sub-etnik yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek.
Menurutnya, perbezaan kaum dan agama bukan penghalang untuk hidup bersama secara harmoni. Saling menghormati dalam kalangan rakyat adalah antara kunci kejayaan Sabah dalam mengekalkan perpaduan kaum.
Beliau turut menyeru ikatan persaudaraan umat Islam di rantau ini terus diperkukuh atas tautan “ukhuwwah islamiyyah” dan pertahankan amalan kesederhanaan serta perpaduan agar tidak mudah dipengaruhi atau diganggu gugat oleh unsur-unsur ekstrem.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Persaudaraan ini penting kerana ia menjadi pengikat kepada usaha-usaha keharmonian dan kemakmuran berasaskan prinsip-prinsip keadilan, Rahmah dan kasih sayang. Ajaran Islam juga menekankan tentang nilai toleransi dan kebersamaan”.
“Melalui nilai-nilai itu, kita dituntut untuk menghormati perbezaan yang terdapat dalam masyarakat dan menerima realiti kepelbagaian seperti digariskan dalam Islam”, katanya ketika merasmikan Seminar Keharmonian Serantau, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Arifin Arif.
Hajiji berkata, umat Islam perlu dilengkapi keupayaan intelektual, kreativiti dan daya saing tinggi termasuk cabaran perubahan kepada hidup yang berupaya memberi kesan kepada hubungan masyarakat pelbagai budaya dan agama.
Katanya, ia penting bagi memperkukuhkan kesatuan ummah serantau bagi mendepani cabaran-cabaran global masa kini.
Menurutnya, umat Islam sebagai masyarakat yang dipimpin oleh nilai-nilai agama dan isu-isu negatif yang melebarkan lagi jurang perbezaan dalam masyarakat, perlu diselesaikan dengan baik.
Sehubungan itu, beliau meminta Umat Islam di negara ini khususnya di Sabah agar tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan ekstremis yang mampu menggugat keamanan, perpaduan dan persaudaraan serta keharmonian negara.
“Wacana keharmonian dan kemakmuran tidak boleh lari daripada membincangkan dimensi kepelbagaian manusia secara keseluruhan. Rantau ini khususnya, terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan agama yang merupakan satu dimensi yang perlu diurus dengan cara terbaik.
“Saya mengharapkan keharmonian dan keamanan yang terjalin dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di rantau ini menjadi model kepada dunia”, tegasnya.
Terdahulu, Memorandum Persefahaman (MoU) turut dimeterai di majlis itu di antara Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


