Pertahankan Palestin, Macklemore tidak keseorangan

WorldEntertainment
20 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pertahankan Palestin, Macklemore tidak keseorangan

Penyingkiran rapper terkenal, Macklemore daripada senarai artis yang membuat persembahan dalam konsert jelajah Loop Ed Sheeran gara-gara laungannya terhadap kebebasan Palestin baru-baru ini telah membangkitkan kemarahan dunia.

Macklemore, yang sejak dulu terkenal dengan pendiriannya menentang kekejaman Israel khususnya terhadap kanak-kanak Palestin, digugurkan serta merta selepas ucapannya di konsert tersebut menarik perhatian penyanyi Pink yang mengkritik tindakan tersebut.

Keadaan itu turut mengakibatkan beberapa artis mengikut langkah penyanyi rap berkenaan, menarik diri daripada membuat persembahan dalam konsert tersebut.
Antaranya mengesahkan pengunduran ialah abang kepada penyanyi Billie Eilish, Finneas, Lukas Graham, Aaron Rowe dan Beoga.

Rentetan itu, beberapa selebriti tampil menunjukkan solidariti terhadap pendirian Macklemore menegakkan hak dan keadilan rakyat Palestin.

Image from: Pertahankan Palestin, Macklemore tidak keseorangan

XAVIER DOLAN

Xavier Dolan antara selebriti yang mempertahankan rapper berkenaan selepas ia digugurkan daripada konsert tersebut.

“Ini mungkin merupakan penjelasan yang paling ringkas. Namun pada masa sama paling lengkap dan bernas tentang perkara sebenar yang menjadi persoalan serta tentang perkara yang bukan menjadi persoalannya, dan tidak akan pernah menjadi persoalannya: antisemitisme,” katanya.

Image from: Pertahankan Palestin, Macklemore tidak keseorangan

KEHLANI

Kehlani, selebriti terawal yang menyatakan tanda solidariti dengan Macklemore berkenaan isu Palestin juga menunjukkan sokongan beliau di media sosial.
“Ramai pemilik perniagaan yang berhimpun di jalanan untuk menyatakan sokongan terhadap Macklemore. Satu penghormatan kerana mengenali anda, saya sentiasa bersama anda,” kata penyanyi berusia 31 tahun itu.

Perkongsian media sosial tersebut menerima 20,000 tanda suka selepas ia dimuat naik di Instagramnya.

Image from: Pertahankan Palestin, Macklemore tidak keseorangan

LAUREN JAUREGUI

Lauren Jauregui juga adalah penyanyi dan penulis yang lantang menyuarakan sokongan dengan memuat naik kenyataannya di Instagram.

Menurutnya, dia kagum dan menghormati keberanian Macklemore dalam menyuarakan isu Palestin.

“Saya mengagumi dan menghormati pendirian anda,” katanya.

Image from: Pertahankan Palestin, Macklemore tidak keseorangan

GARBAGE

Kumpulan Rock Amerika Syarikat ini juga antara yang lantang mempertahankan tindakan rapper berkenaan dan menyifatkan penyingkirannya dari konsert terebut sebagai usaha menyekat kebebasan bersuara.

“Macklemore disingkirkan daripada konsert itu kerana ada pihak yang berasa terancam dan takut apabila beliau berdiri di atas pentas dan melaungkan keadilan untuk golongan teraniaya? Kegilaan apakah ini?” katanya.

 

 

 

The post Pertahankan Palestin, Macklemore tidak keseorangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved