Pertama Kali Dibuka Untuk Umum, Rumah Kedai Lama George Town Dijual Dengan Harga RM400 Juta

14 Apr 2025 • 4:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Edge Property, sebanyak 39 unit rumah teres dua tingkat gaya pra-perang yang berada di lokasi George Town, Bangkok Lane kini dibuka untuk jualan menerusi tender terbuka.

Kali pertama dibuka untuk umum

Difahamkan dari maklumat ejen hartanah, nilai keseluruhan hartanah tersebut dianggarkan berjumlah antara RM300 juta hingga RM400 juta.

Hal yang membuatkan ianya menarik kerana ini merupakan kali pertama hartanah-hartanah berkenaan ditawarkan kepada umum sejak lebih 80 tahun yang lalu.

image is not available

Dua deret rumah warisan di Bangkok Lane itu mempunyai seni bina Straits Eclectic yang masih kukuh dan lengkap dengan kayu asli, jubin hiasan lama dan fasad seni yang halus.

Perlu siap sedia hadapi kos baik pulih

Susulan berada di kawasan yang strategik serta penuh bersejarah, kawasan ini berada di titik penting dalam usaha pemuliharaan warisan George Town, yang kini merupakan tapak Warisan Dunia Unesco.

image is not available

Nilai anggaran hartanah ini berada sekitar RM70 juta hingga RM75 juta, dengan setiap rumah bernilai antara RM1.5 juta hingga RM2 juta, di mana ia bergantung kepada saiz serta keadaan bangunan.

Bagaimanapun, pemilik baru perlu bersiap sedia menghadapi kos baik pulih yang agak mahal, di mana anggarannya adalah sebanyak RM500 hingga RM1000 untuk setiap kaki persegi.

image is not available 5 days ago

Warga Emas Malaysia Ditangkap Polis Thailand, Rompak Kedai Emas Hatyai RM1.1 Juta