“Pertama kali tengok” – Adat Pengantin Perempuan Dibungkus Seperti Hadiah Undang Perhatian Netizen

8 Jan 2026 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Tradisi ini sesuatu perkara yang dilakukan secara turun-temurun, ia mungkin terlihat berbeza atau unik buat mereka yang tidak pernah melihat sesuatu tradisi itu, seperti yang tular baru-baru ini di mana seorang wanita dibungkus seperti hadiah ketika majlis pernikahannya.

Dalam video tular yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ifahpengiran49 itu, dapat dilihat pengantin perempuan didukung oleh ahli keluarga sebelum diletakkan di atas tanah berlapik.

Sejurus selepas mereka selesai diijab kabul, pengantin lelaki dilihat membuka bungkusan itu yang turut dilapis dengan beberapa helai kain batik.

Artikel berkaitan: Bermain ‘Mheibes’ & Nyalakan Lampu Warna-warni, Ini 5 Tradisi Unik Umat Islam Sambut Ramadan Seluruh Dunia

Difahamkan, pasangan pengantin itu merupakan suku kaum Bajau yang menetap di Semporna, Sabah.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut kagum dan terkejut dengan tradisi suku kaum itu yang sangat unik.

image is not available

Dalam ruangan komen, ada netizen yang menjelaskan tradisi unik itu merupakan adat perkahwinan bagi kaum Bajau yang berketurunan Dayang. Malah, ada seorang netizen turut berkongsi pengalamannya yang serupa ketika bernikah.

image is not available

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.