
MEMBAKUT: Parti Warisan (Warisan) Kimanis menggaris lima teras dalam hala tuju pembangunan kawasan ini di bawah #[email protected] sekiranya mendapat mandat rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Calon Warisan Parlimen Kimanis, Dr Daud Yusuf berkata, sektor pertanian menjadi fokus utamanya membabitkan pemerkasaan semula tanaman padi yang pernah dilaksanakan pihaknya sebelum ini.
Menurutnya, projek yang terhenti setelah Warisan tidak lagi mentadbir kerajaan negeri itu penting bagi memenuhi aspirasi menjadikan Kimanis antara penyumbang bekalan beras negara.
