Pertengkaran Dengan Suami Dipercayai Punca Wanita Tercampak Dari Van

7 May 2025 • 4:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar semalam, dipercayai akibat pertengkaran dengan suaminya.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, susulan kejadian tersebut, suami mangsa yang berusia 50 tahun telah ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah kediaman di Taman Kinrara, Puchong kira-kira jam 6 petang hari sama.

image is not available

Foto: Media Sosial

“Soal siasat dilakukan mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes kematian isterinya. Suspek mendakwa berlaku pertengkaran antara mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Siasatan turut mendedahkan bahawa pasangan tersebut telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine/amp/benzo. Suspek juga mendakwa isterinya turut terbabit dalam penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

image is not available

Foto: Bernama

Semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes dadah.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin TV3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved