
Perkongsian satu rakaman panggilan telefon Hot FM yang membabitkan seorang wanita bersama penyampai radio, Fara Fauzana dan AG, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Menerusi panggilan itu, wanita berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang rakan sekerja yang didakwa kerap mengambil cuti atas alasan menjaga anak.
Menurutnya, situasi tersebut menyebabkan rakan sekerja lain mungkin terpaksa menanggung beban kerja, terutama apabila cuti berulang berlaku dalam tempoh yang singkat.
Namun, kenyataannya yang mempersoalkan tindakan wanita mempunyai anak mengambil cuti apabila anak tidak sihat mengundang kritikan ramai.
Sebahagian netizen berpendapat wanita berkenaan mempunyai asas dalam isu pembahagian beban kerja dan tanggungjawab sesama rakan sekerja.
@hotfm976_ Ni ke caller yang buat ramai panas hati tadi 👀 Caller ni bengang harini dia kena masuk keje sebab ada budak office dia EL sebab anak sakit. #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #TerbaikSentiasaHangat #KJjadiDJ
Baca juga:
Wan Harriz harumkan nama Malaysia, muncul juara Hippo English di Qatar
Keadaan kerusi Hentian Gua Musang cetus teguran pengguna
MBS tawar insentif sehingga RM50 penyerahan anjing terbiar
Bagaimanapun, mereka menyifatkan kenyataan mengenai anak sakit sebagai sesuatu yang tidak wajar kerana keadaan kesihatan anak bukan sesuatu yang boleh dirancang atau dijangka.
Netizen sokong pandangan AG
Dalam masa sama, ramai turut menyokong pandangan AG yang mengingatkan wanita berkenaan supaya tidak terlalu yakin dengan keupayaannya mengurus keadaan sekiranya suatu hari nanti berada dalam situasi sama.
Malah, ada netizen mengingatkan bahawa seseorang tidak seharusnya mudah menilai keadaan orang lain sebelum melalui sendiri fasa kehidupan berkenaan.
“Selagi kita tak berada dalam fasa tu, jangan yakin. Mana tahu kita akan hadap lagi teruk,” komen seorang netizen.
Perdebatan itu kemudian mencetuskan perbincangan mengenai keseimbangan antara tanggungjawab pekerjaan dan keluarga, khususnya apabila melibatkan ibu bapa yang perlu mengambil cuti bagi menjaga anak.
The post Pertikai rakan sekerja kerap cuti jaga anak, kenyataan wanita undang kecaman netizen appeared first on The Reporter.



![Ramai Geram Wanita Bujang Luah Rasa Tak Puas Hati Gara-Gara Rakan Sekerja Asyik Cuti Uruskan Hal Anak [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/wanita-tak-puas-hati-rakan-sekerja-ambil-cutu-sebab-anak_2-819x1024.jpeg?t=1786503624)

