Pertindihan cuti umum pada awal Jun 2026 menimbulkan persoalan dalam kalangan pekerja dan majikan, khususnya di Sarawak. Situasi ini berlaku apabila beberapa perayaan utama jatuh pada tarikh yang sama atau berturutan dalam tempoh yang singkat.
Bagi menjelaskan perkara ini, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung susunan cuti serta pelaksanaan cuti gantian mengikut undang-undang buruh.


Pengenalan – Kenapa Ada Pertindihan Cuti?
Pertindihan ini melibatkan tiga perayaan utama iaitu Hari Wesak, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Hari Gawai.
Pada tahun 2026, Hari Wesak jatuh pada 31 Mei (Ahad), manakala Hari Gawai pertama dan Hari Keputeraan YDP Agong jatuh serentak pada 1 Jun (Isnin).
Hari Gawai kedua pula disambut pada 2 Jun (Selasa). Oleh kerana Hari Wesak jatuh pada hari rehat mingguan, maka cuti gantian perlu diberikan pada hari bekerja berikutnya.
Ringkasan Senarai Tarikh Cuti & Cuti Gantian
Berdasarkan kenyataan JTK Sarawak, berikut adalah susunan cuti yang terlibat:
- 31 Mei 2026 (Ahad) – Hari Wesak
- 1 Jun 2026 (Isnin) – Hari Gawai & Hari Keputeraan YDP Agong
- 2 Jun 2026 (Selasa) – Hari Gawai (Hari Kedua)
- 3 Jun 2026 (Rabu) – Cuti gantian Hari Wesak
- 4 Jun 2026 (Khamis) – Cuti gantian Hari Gawai

Penjelasan Undang-Undang oleh JTK Sarawak
Menurut Subseksyen 104(1) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76), Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong merupakan cuti kelepasan am wajib yang mesti diberikan kepada pekerja dan tidak boleh digantikan dengan hari lain.
Sebaliknya, Hari Wesak dan Hari Gawai adalah cuti kelepasan am berdasarkan agama dan budaya yang boleh digantikan sekiranya berlaku pertindihan atau jatuh pada hari rehat.
Selain itu, subseksyen yang sama turut menetapkan bahawa jika cuti umum jatuh pada hari rehat atau bertindih dengan cuti lain, maka hari bekerja berikutnya hendaklah dijadikan cuti gantian. Inilah asas kepada penetapan cuti pada 3 dan 4 Jun 2026.
Fleksibiliti Penukaran Cuti
Walaupun tarikh cuti gantian telah ditetapkan, JTK Sarawak memaklumkan bahawa ia masih boleh diubah ke hari lain sekiranya terdapat persetujuan bersama antara majikan dan pekerja.
Perkara ini selaras dengan Subseksyen 104(2) yang memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membuat penyesuaian mengikut keperluan operasi syarikat.
Hak Pekerja Jika Bekerja Ketika Cuti
Sekiranya pekerja diarahkan untuk bekerja pada mana-mana hari kelepasan am atau cuti gantian yang dinyatakan, mereka berhak menerima bayaran tambahan mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Ini termasuk bayaran lebih masa seperti yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 104(6), (7), (8) dan (9) Ordinan Buruh Sarawak.
Cuti Umum Hari Wesak & Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong 2026 (Semenanjung)
Bagi pekerja di semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, kerajaan Persekutuana juga telah mewartakan hari kelepasan am untuk dua hari berikut:
- Hari Wesak – 31 Mei 2026 (Ahad)
- Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong – 1 Jun 2026 (Isnin)
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diganti pada hari lain sebagaimana peruntukan di bawah subperenggan 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 [Akta 265].
Manakala Cuti Hari Wesak merupakan hari kelepasan am berbayar yang boleh dipilih oleh majikan bagi mencukupkan baki enam hari kelepasan am berbayar yang perlu diberikan kepada pekerja sebagaimana perenggan 60D(1)(a) Akta 265.
Seterusnya, proviso perenggan 60D(1)(b) menetapkan hari kelepasan am yang jatuh pada hari rehat atau mana-mana cuti kelepasan yang ditetapkan, maka hari kerja berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am ganti berbayar.
Sehubungan itu, bagi majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat mingguan bagi pekerjanya dan memilih Hari Wesak sebagai hari kelepasan am berbayar hendaklah memberikan:
- 1 Jun 2026 (Isnin) sebagai hari kelepasan am berbayar (Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong) dan tidak boleh diganti; dan
- 2 Jun 2026 (Selasa) sebagai hari kelepasan am berbayar bagi menggantikan Hari Wesak yang jatuh pada hari rehat mingguan (31 Mei 2026).
- Walau bagaimanapun atas persetujuan pekerja, hari kelepasan am berbayar ini boleh digantikan dengan hari lain sebagaimana proviso subseksyen 60D(1A) Akta 265.
Mana-mana pekerja (bergaji RM 4,000.00 sebulan dan ke bawah serta pekerja yang dinyatakan dalam perenggan 2 Jadual Pertama Akta 265) yang diarahkan oleh majikannya supaya bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi hari kelepasan am sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 60D(3) Akta 265.
Ringkasan:
Cuti umum Hari Wesak & Hari Keputeraan YDPA 2026:
- Hari Wesak: 31 Mei 2026 (Ahad)
- Hari Keputeraan YDPA: 1 Jun 2026 (Isnin)
- Hari Keputeraan YDPA
- Wajib diberi sebagai cuti berbayar
- Tidak boleh diganti ke hari lain
- Hari Wesak
- Cuti berbayar yang boleh dipilih majikan
- Jika jatuh hari rehat (Ahad), perlu beri cuti ganti
Disebabkan Hari Wesak jatuh pada hari Ahad, jadi pekerja akan bercuti pada:
- 31 Mei 2026 (Ahad): Hari Wesak (Cuti Umum).
- 1 Jun (Isnin): Cuti YDPA (wajib)
- 2 Jun (Selasa): Cuti ganti Wesak (jika Ahad hari rehat mingguan).
Jika pekerja bekerja pada cuti umum:
- Layak bayaran khas (kadar gaji cuti umum)

Soalan Lazim (FAQ) Pertindihan Cuti Wesak 2026
Kenapa berlaku pertindihan cuti pada awal Jun 2026?Pertindihan berlaku kerana Hari Wesak (31 Mei 2026) jatuh pada hari Ahad, manakala 1 Jun 2026 menyaksikan dua sambutan serentak iaitu Hari Gawai dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, diikuti Hari Gawai kedua pada 2 Jun 2026.
Ya, pekerja layak menerima cuti gantian sekiranya cuti umum jatuh pada hari rehat atau bertindih dengan cuti lain, seperti yang diperuntukkan dalam Ordinan Buruh Sarawak.
Bilakah cuti gantian diberikan?Cuti gantian ditetapkan seperti berikut:
3 Jun 2026 (Rabu) – Cuti gantian Hari Wesak
4 Jun 2026 (Khamis) – Cuti gantian Hari Gawai
Tidak. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah cuti wajib dan tidak boleh digantikan. Namun, Hari Wesak dan Hari Gawai boleh diberikan cuti gantian jika berlaku pertindihan.
Bolehkah majikan menukar tarikh cuti gantian?Ya, tarikh cuti gantian boleh diubah ke hari lain sekiranya terdapat persetujuan bersama antara majikan dan pekerja, selaras dengan peruntukan undang-undang.
Apa hak pekerja jika perlu bekerja pada hari cuti?Jika pekerja diarahkan bekerja pada hari kelepasan am atau cuti gantian, mereka berhak menerima bayaran tambahan atau kadar gaji khas seperti yang ditetapkan oleh undang-undang buruh.
Adakah semua pekerja di Sarawak tertakluk kepada peraturan ini?Peraturan ini terpakai kepada pekerja yang dilindungi di bawah Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76). Namun, pelaksanaan mungkin berbeza bergantung kepada kontrak pekerjaan atau polisi syarikat.
Memahami susunan cuti membantu pekerja merancang cuti dengan lebih baik dan memastikan mereka menerima hak sewajarnya, manakala majikan pula dapat menyusun operasi kerja tanpa gangguan.
Adakah pekerja di Semenanjung akan bercuti pada Hari Gawai?Secara amnya, Hari Gawai (1 & 2 Jun) bukanlah cuti umum di Semenanjung Malaysia.
Berapa hari pekerja di Semenanjung akan bercuti untuk Hari Wesak 2026?Pekerja di Semenanjung Malaysia akan mendapat cuti tambahan kerana Hari Wesak jatuh pada hari Ahad, 31 Mei 2026.
– 31 Mei 2026 (Ahad): Hari Wesak (Cuti Umum).
– 1 Jun 2026 (Isnin): Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Cuti Umum Wajib).
– Jun 2026 (Selasa): Cuti Gantian Hari Wesak (Hari Bekerja Berikutnya).
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 2026 adalah pada 1 Jun 2026, dan merupakan cuti umum.
Baca juga: Pelepasan Cukai Pelancongan 2026 – Simpan Resit Kalau Bercuti!
