Pertingkat peranan JPKK: Bung

LocalPolitics
21 Sep 2022 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KINABATANGAN: Peranan aktif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua masalah berbangkit sampai kepada pihak atasan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata mereka yang dilantik oleh Kerajaan untuk jawatan itu adalah individu yang diyakini mampu membawa suara rakyat yang memerlukan.

“Saya menyeru mereka memainkan peranan yang sepatutnya. Sebagai pengerusi JPKK, mereka dilantik oleh Kerajaan bagi memastikan sebarang masalah dibawa kepada pihak berkuasa dan mereka juga menjadi mata dan telinga Kerajaan.

“Saya harap mereka dapat menjalankan tugas dengan baik kerana kita tidak mahu pihak lain mengambil peranan sedangkan mereka sepatutnya lebih mengenali kampung sendiri,” katanya.

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Adun Lamag berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pengerusi JPKK di DUN Lamag di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bukit Garam, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag Abu Bakar Gapar dan Ketua Pegawai Komunikasi Parlimen Kinabatangan Amri Andimas.

Bung juga berharap pengerusi JPKK turun padang melihat sendiri keadaan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Mereka harus mengambil inisiatif untuk melakukan ini atas dasar dan kapasiti sebagai pengerusi di mana mereka harus mengetahui, bukan hanya menunggu orang pulang (tetapi) perlu turun padang. Jika boleh, kenali penduduk di kampung mereka seperti berapa orang belia, berapa ramai yang berumur 80 tahun ke atas, berapa ramai ibu tunggal dan mereka yang sakit yang patut dibantu dan dijaga dengan baik.

“Ini kerana kita sebagai Kerajaan tidak semestinya tahu semuanya. Sebab itu kita lantik pengerusi JPKK sebagai wakil kepada Kerajaan supaya penduduk kampung boleh melaporkan kepada mereka,” katanya.

Bung berkata, masalah yang dihadapi rakyat akan selesai dengan mudah apabila JPKK bertindak mengikut kaedah yang betul.

Beliau berkata masyarakat perlu mengetahui dan memahami saluran aduan yang betul bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam masa yang sesingkat mungkin dan bukannya memilih jalan pintas dengan membangkitkan isu atau masalah kampung dalam media sosial.

“Kita ada cara dan kaedah kerja kita. JPKK yang ada masalah kena hubungi wakil rakyat masing-masing supaya boleh buat susulan masalah rakyat sehingga ke peringkat seterusnya,” tambah Bung.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.