Pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus bukti kejayaan reformasi – PM

LocalBusiness & Finance
18 Nov 2026 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus bukti kejayaan reformasi – PM

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Kerajaan MADANI kekal iltizam melaksanakan reformasi serta mengambil langkah proaktif memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api walaupun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata reformasi itu telah membuahkan hasil dengan negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada 5.5 peratus bagi suku ketiga 2026.

Ini menjadikan pertumbuhan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini mencecah 5.6 peratus, berbanding 4.8 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Prestasi ini meletakkan Malaysia di landasan untuk mencatat pertumbuhan melebihi lima peratus bagi tahun ketiga berturut-turut, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mengangkat darjat dan harkat rakyat terbanyak.

"Kendatipun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, kerajaan MADANI tidak berganjak daripada iltizam reformasi, di samping mengambil langkah proaktif untuk memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api tatkala krisis Asia Barat melanda," kata beliau menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Image from: Pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus bukti kejayaan reformasi – PM

Anwar berkata Belanjawan 2027 meneruskan tekad untuk menaikkan siling pertumbuhan dan mengangkat lantai kehidupan rakyat melalui bantuan yang diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan bagi golongan yang layak serta penambahbaikan perkhidmatan awam.

“Ikhtiar ini akan terus diperkasa agar setiap kemajuan ekonomi membawa makna kepada kesejahteraan rakyat, berpaksikan prinsip keadilan, ihsan dan kemanusiaan,” kata beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved