Pertumbuhan ekonomi 6% pencapaian sangat baik, tingkat keyakinan pelabur – PM Anwar

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertumbuhan ekonomi enam peratus pada suku kedua tahun ini merupakan satu pencapaian sangat baik yang akan memberi keyakinan kepada pelabur terhadap Malaysia.

Menurut laporan Bernama, bagaimanapun beliau menegaskan pertumbuhan tersebut tidak wajar disalah tafsir sebagai petunjuk peningkatan hasil negara secara langsung.

Image from: Pertumbuhan ekonomi 6% pencapaian sangat baik, tingkat keyakinan pelabur – PM Anwar

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tanggapan bahawa pertumbuhan yang tinggi akan membolehkan kerajaan menjana hasil lebih besar serta dapat meningkatkan perbelanjaan, adalah tidak tepat dari sudut ekonomi.

“Ramai yang tanya, dah catat enam peratus pertumbuhan (kadar Keluaran Dalam Negara Kasar), ….sepatutnya hasil tinggi, dan belanja boleh lebih banyak. Tapi itu tak betul.
“Pertumbuhan tinggi dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pusat data, digital, tidak memberikan hasil (secara langsung kepada) pendapatan negara. Ia memberikan (menyumbang) dari segi pembangunan, peluang pekerjaan, peningkatan keupayaan dan teknologi,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Expo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan (NICE) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis.Image from: Pertumbuhan ekonomi 6% pencapaian sangat baik, tingkat keyakinan pelabur – PM AnwarPerdana Menteri menjelaskan, pelaburan dalam bidang digital dan teknologi berbeza dengan pembuatan atau pertanian yang menjana pulangan terus kepada negara sebaliknya pelaburan dalam bidang berkenaan memberi manfaat tidak langsung yang mengambil masa untuk diterjemahkan kepada hasil negara.Sumber: Bernama
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved