KDNK lebih 5 peratus, inflasi turun, Anwar berpotensi untuk penggal kedua

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 5:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KDNK lebih 5 peratus, inflasi turun, Anwar berpotensi untuk penggal kedua

PUTRAJAYA – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat wajar diberikan penilaian positif atas pencapaian sepanjang tempoh pentadbiran beliau.

Susulan itu, kepimpinan Perdana Menteri wajar diberikan peluang bagi meneruskan legasinya sehingga penggal kedua jika usaha sedia ada diteruskan dan ditambah baik.

Pensyarah Jabatan Sains Politik dan Pengajian Madani, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Nur Adillah Omar berkata, berdasarkan perkembangan politik dan ekonomi semasa, kerajaan menunjukkan prestasi kukuh dan wajar diberikan ruang meneruskan agenda pembaharuan.

Katanya, antara pencapaian utama Kerajaan Madani ialah kejayaan mengekalkan kestabilan politik walaupun kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

katanya, dibawah kepimpinan Anwar dalam mengurus hubungan antara parti-parti komponen menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kelangsungan kerajaan.

“Daripada sudut ekonomi pula, Malaysia memperlihatkan daya tahan yang membanggakan meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global serta pelbagai cabaran politik di peringkat domestik.

“Pertumbuhan ekonomi yang terus positif, disertai pengawalan kadar inflasi, menunjukkan bahawa kerajaan berjaya mewujudkan asas yang relatif stabil untuk pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nur Adilah berkata, Anwar yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan memaklumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026.

Katanya, angka tersebut lebih tinggi berbanding pertumbuhan 5.4 peratus pada suku sebelumnya dan mengatasi unjuran median ahli ekonomi sebanyak 5.2 peratus.

“Perkembangan ini merupakan satu petunjuk positif terhadap daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi ketidaktentuan global.

“Dalam masa sama, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar inflasi Malaysia menurun kepada 1.8 perstus pada Julai 2026 berbanding 1.9 peratus pada Jun,” katanya.

Jelas beliau, walaupun angka inflasi perlu dilihat bersama faktor-faktor lain seperti kos sara hidup, pendapatan isi rumah dan harga barangan asas, penurunan tersebut tetap merupakan perkembangan yang positif dari perspektif kestabilan harga. – KOSMO! ONLINE

The post KDNK lebih 5 peratus, inflasi turun, Anwar berpotensi untuk penggal kedua appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved