Peruncit Eropah terkantoi pamer info Xiaomi 13 Lite di laman jualan

Digital
22 Feb 2023 • 5:14 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kita sedia tahu yang Xiaomi akan mengumumkan sesuatu pada MWC Barcelona 2023 nanti. Yang pasti, akan ada dua telefon iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro akan diumumkan. Tapi tahukah anda yang khabar angin juga ada bertiup tentang telefon ketiga? Ia adalah Xiaomi 13 Lite.

image is not available

Salah satu peruncit barang elektronik terkenal di Eropah, Cyberport, dengan tidak sengaja telah menyenaraikan Xiaomi 13 Lite di dalam laman web mereka. Entri tersebut sudahpun diturunkan tapi versi arkibnya masih boleh diakses melalui Google Cache.

image is not available

Daripada sumber arkib, Xiaomi 13 Lite diperkasa SoC Snapdragon 7 Gen 1 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Panel paparan yang diguna pakai adalah beresolusi FHD+ sebesar 6.55".

image is not available

Untuk komponen pengimejan, Xiaomi 13 Lite memiliki kelengkapan trikamera belakang dengan kamera utama ada sensor 50MP, kamera ultralebar 8MP, dan kamera 2MP untuk bokeh. Gambar selfie pula diambil menerusi lensa bersensor 32MP.

Dilaporkan juga yang telefon ini menyokong mengecasan pantas 67W berkabel untuk mengisi tangki bateri berkapsiti 4,500mAh yang dimilikinya.

image is not available

Buat pengetahuan anda, Xiaomi 12 Lite telahpun dilancarkan dalam pasaran kita pertengahan Ogos 2022 lalu. Telefon tersebut diperkasa SoC Snapdragon 778G dan dijual pada harga bermula RM1,199 (6+128).