Peruntukan ahli Parlimen: 'Patutnya esok nak bubar, hari ini barulah buat gesaan' - Fadhli Shaari

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 12:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peruntukan ahli Parlimen: 'Patutnya esok nak bubar, hari ini barulah buat gesaan' - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli menyindir kenyataan Gobind Singh yang menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang khas bagi menjamin semua ahli Parlimen termasuk pembangkang menerima peruntukan sama rata.

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo yang menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang khas bagi menjamin semua ahli Parlimen termasuk pembangkang menerima peruntukan sama rata.

Menerusi satu hantaran di media sosialnya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu secara sinis berkata, beliau bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Saya setuju, cumanya awal sangat gesaan ini. Patutnya esok nak bubar Parlimen, hari ini barulah buat gesaan,” katanya pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan tambahan RM1 juta peruntukan disalurkan bagi setiap kawasan Parlimen.

Beliau berkata, peruntukan itu tidak disalur menerusi ahli Parlimen, sebaliknya menerusi agensi bertanggungjawab untuk menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing.

Pengumuman Anwar itu mendapat reaksi pelbagai terutama dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang hang menuntut supaya peruntukan tersebut bukan bersifat politik.

Sebelum itu, MCA mengulangi pendirian bahawa peruntukan tambahan tersebut harus disalurkan secara adil tanpa mengambil kira parti diwakili wakil rakyat termasuk pembangkang.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, gesaan berkenaan juga selari dengan seruan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk memberi peruntukan kawasan yang sama rata bagi wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved