Peruntukan hampir RM1 juta bangunkan semula Bandar Lama Gua Musang

LocalTravel
13 Aug 2026 • 11:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peruntukan hampir RM1 juta bangunkan semula Bandar Lama Gua Musang

GUA MUSANG – Peruntukan hampir RM1 juta diperlukan bagi menghidupkan semula kawasan Bandar Lama di sini yang berpotensi menjadi tarikan pelancongan baharu di daerah ini.

Ketua Jajahan Gua Musang, Mohd. Roshdi Ismail berkata, cadangan itu dikenal pasti hasil Program Jjaley Santai bertujuan meninjau semula kawasan yang pernah ditambah baik oleh jabatan dan agensi kerajaan.

“Hasil dapatan menerusi program Jjaley Santai, peruntukan hampir RM1 juta diperlukan. Kita akan cari agensi yang sesuai untuk kita cadangkan penambahbaikan di kawasan Bandar Lama,” katanya selepas Program Jjaley Santai anjuran Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di Bandar Lama di sini, hari ini.

Mohd. Roshdi yang juga Yang Dipertua MDGM berkata, beberapa lokasi di Bandar Lama dilihat mempunyai potensi untuk dihidupkan semula menerusi penambahbaikan kemudahan dan persekitaran sekali gus menjadi daya tarikan baharu kepada pelancong. – KOSMO! ONLINE

The post Peruntukan hampir RM1 juta bangunkan semula Bandar Lama Gua Musang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved