Tarik lebih ramai belia Orang Asli, skim Senoi Praaq wajar dinilai semula

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 4:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tarik lebih ramai belia Orang Asli, skim Senoi Praaq wajar dinilai semula

GUA MUSANG – Kerajaan disarankan untuk menilai semula skim perkhidmatan Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq bagi menggalakkan lebih ramai belia Orang Asli menyertai pasukan keselamatan itu.

Penasihat Persatuan Bekas Polis Malaysia, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, semakan terhadap skim berkenaan wajar dipertimbangkan bagi memastikan kerjaya dalam Senoi Praaq terus relevan serta mampu menarik minat generasi muda masyarakat Orang Asli.

Katanya, perkara itu juga selaras dengan Perkara 8(5)(C) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kelebihan tertentu kepada masyarakat Orang Asli dalam pelantikan ke jawatan yang bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah melakukan semakan terhadap skim perkhidmatan berkenaan, namun beberapa aspek masih boleh diteliti semula.

“Kita mohon pihak berwajib menilai semula perkara ini sebelum sebarang cadangan pewartaan atau penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi menarik lebih ramai belia Orang Asli menyertai Senoi Praaq,” katanya selepas Program Masih Ada Yang Sayang VAT 69 dan Senoi Praaq di Dewan Bonda Yah, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini hari ini.

Hazani memberitahu, aspek pendidikan, ekonomi dan kebajikan masyarakat Orang Asli juga perlu terus diberi perhatian dalam usaha memperkukuh penyertaan masyarakat itu dalam perkhidmatan keselamatan.

Katanya, aspek pendidikan, ekonomi dan kebajikan masyarakat Orang Asli perlu terus diberi perhatian dan perkara ini akan dibawa serta diketengahkan dalam program akan datang. – KOSMO! ONLINE

The post Tarik lebih ramai belia Orang Asli, skim Senoi Praaq wajar dinilai semula appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved