
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nilai perolehan kerajaan yang dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera Gred G1 hingga G4 dinaikkan kepada RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion tahun ini.
Beliau berkata, pengumuman itu dibuat selepas mengadakan sesi libat urus bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera bagi mendengar sendiri keresahan berkaitan perusahaan mereka.
Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.






