“Perut Sweet Nampak” – Sweet Qismina Kini Dikatakan Hamil Anak Pertama?

Entertainment
22 Jun 2023 • 4:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, pelakon Sweet Qismina meraih perhatian netizen apabila penampilan terbarunya kelihatan seperti berbadan dua.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik video pasangan selebriti Adam Lee dan Sweet Qismina yang hadir ke majlis perkahwinan MK K-Clique.

‘Baby Bump’

Aktres itu menggayakan dress berwarna biru dan dikatakan sedang hamil anak pertama apabila kelihatan jelas ‘baby bump‘.

https://www.tiktok.com/@sweetqismina4/video/7246071304401587458?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Dalam pada itu, rata-rata warga netizen juga mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan selebriti ini.

image is not available

image is not available

Malah, ada juga segelintir warga netizen yang sudah mengetahui mengenai perubahan tubuh badan pelakon drama ‘Malam Zulaikha’ yang dikatakan kelihatan berisi.

Tambahan, netizen turut mendoakan kesejahteraan kandungannya dan agar dipermudahkan segala urusan buat pasangan itu.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.