Pesakit mental maut dalam kemalangan libatkan kereta 

LocalHealth & Fitness
2 Oct 2026 • 9:21 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pesakit mental maut dalam kemalangan libatkan kereta 

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita maut selepas dilanggar sebuah kereta di   Jambatan Sultan Mahmud, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja dan pejalan kaki pada 2.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta yang datang dari arah Gong Badak, Kuala Nerus menghala ke Kampung Gong Sentul, Kuala Berang telah terlanggar pejalan kaki yang berbaring di tengah jalan.

“Pemandu kereta tidak sempat mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat. Kemalangan menyebabkan mangsa Ainun Wahab, 39, yang juga pesakit mental maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved