
KULAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah treler yang membelok ke kanan untuk memasuki simpang dalam kejadian di Jalan Alor Bukit di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian pukul 9.20 pagi itu melibatkan seorang lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y16 datang dari arah Taman Puteri menuju ke Gunung Pulai.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sampai di lokasi kejadian, sebuah treler yang dipandu seorang lelaki datang dari arah bertentangan telah membelok ke kanan untuk memasuki simpang. Penunggang terbabit tidak sempat mengelak dan kemudian melanggar bahagian belakang kanan treler sebelum terjatuh dan tersepit di bahagian tayar treler,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelas Seng Lee, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dibeberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dilokasi manakala pemandu treler tidak cedera.
Tambahnya, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Kulai untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki maut langgar treler masuk simpang appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] ‘Macam nak roboh hang ketuk pintu rumah aku’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-02-at-8.29.15-PM-1024x568.jpeg)




