“Pesan Kat Followers Kau Suruh Diam Perempuan” - Fara Salleh Bengang Dibandingkan Dengan Bekas Isteri Shuk Sahar

9 Jul 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada individu mengaitkan namanya bersama bekas isteri, Rossa Sera.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Stories, Fara meminta netizen untuk tidak membandingkan dirinya dengan Rossa kerana mereka memiliki status yang sama.

“Tak payah nak petik nama perempuan tu, tak perlu nak bezakan aku dengan dia. Dia dengan aku tak ada beza, kau pesan kat followers kau suruh diam eh perempuan. Status aku dengan kau sama.

“Aku kahwin dengan suami kau dan kau kahwin dengan suami pika anak 3,” katanya.

Fara turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan tindakannya sebagai ‘meroyan’ sebaliknya menjelaskan dia telah menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan konflik mereka.

“Dan aku bukan meroyan, aku gunakan saluran betul by whatsapp Shuk tak pernah amik peduli, so this is it. Nak cakap aku itu ini kifarah tak ada hal aku dah biasa nama aku buruk, nama aku buruk dari dulu pun sebab Shuk dan perempuan ini.

“Yang acah-acah kenal aku sembang pum pang, meh jumpa aku meh,” tulisnya.

Sekadar info, April lalu, Shuk didakwa melafaz cerai talak satu terhadap fara menerusi panggilan telefon. Kata Fara, suaminya melafazkan cerai ketika berada di Thailand.

Terdahulu, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera pada 2015 namun bercerai pada 2023. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 5.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved