Pesara bebas tuduhan salah guna wang persatuan RISDA

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 12:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pesara bebas tuduhan salah guna wang persatuan RISDA

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan seorang pesara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (RISDA) Terengganu daripada enam pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM15,350 milik sebuah persatuan, 10 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh, Mohd. Amran Ghazali, 61, melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan tertuduh sebanyak RM6,000 dikembalikan. Mohd. Amran yang ketika itu merupakan ahli Persatuan Kakitangan Islam Pejabat RISDA Terengganu (Perkit) didakwa menyalahgunakan wang milik persatuan berkenaan dalam enam kejadian antara 2016 hingga 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Azman mendapati penggunaan wang berkenaan adalah konsisten dengan tujuan persatuan dan tidak menunjukkan tertuduh secara curang menyalahgunakan wang tersebut.

“Setelah menimbang kes terhadap tertuduh, saya mendapati wang yang digunakan olehnya adalah untuk membiayai program-program RISDA Negeri dan perkara itu selari dengan keterangan saksi pendakwaan,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd. Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Abdul Rahman Ab Razak. – UTUSAN

The post Pesara bebas tuduhan salah guna wang persatuan RISDA appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved