Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

LocalBusiness & Finance
11 Oct 2026 • 11:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

PEKAN – Meskipun mempunyai kelulusan sarjana dan berpengalaman puluhan tahun menjadi pendidik, namun seorang pesara guru akhirnya mengalami kerugian kira-kira RM1.1 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Akibat kejadian itu mangsa yang merupakan lelaki berumur 65 tahun kini berputih mata dan buntu selepas wang simpanannya dan isterinya serta pinjaman daripada adik beradik selain hasil penjualan tanah lesap sekelip mata.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian bermula pada 21 Jun lalu selepas mangsa melihat iklan pelaburan di aplikasi TikTok menggunakan nama akaun sebuah syarikat.

“Mangsa kemudiannya berhubung dengan individu yang mendakwa sebagai ejen syarikat tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa diberikan penerangan mengenai pelaburan saham serta analisis pasaran kewangan sebelum bersetuju menyertai skim pelaburan berkenaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, antara 21 Ogos 2026 hingga 7 Oktober 2026 mangsa telah membuat sebanyak 22 transaksi ke dalam enam akaun bank berbeza melalui transaksi dalam talian dan urusan di kaunter institusi kewangan mengikut arahan suspek.

Bagaimanapun katanya, selepas semua pembayaran dibuat, mangsa masih diminta membuat bayaran tambahan atas alasan yang tidak munasabah.

Jelasnya, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan dan mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan sebelum tampil membuat laporan polis.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM1,106,253 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved