Pesara rugi lebih RM128,000 diperdaya ‘pegawai mahkamah’

24 Dec 2022 • 2:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUANTAN: Seorang pesara mengalami kerugian RM128,037 selepas terpedaya dengan penyamaran oleh ‘pegawai’ dari mahkamah Pulau Pinang yang mendakwanya mempunyai saman tertunggak.

Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pada 14 Dis lalu, wanita berusia lingkungan 60-an itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang memaklumkannya mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan Touch N Go sebanyak RM11,800.

“Mangsa kemudiannya telah disambungkan kepada beberapa individu menyamar sebagai polis yang memberitahu dia mempunyai rekod kes jenayah dan memintanya untuk memindahkan wang bagi mengelakkan akaun dibekukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejurus itu, mangsa telah membuat pemindahan wang secara berperingkat berjumlah RM128,037 ke dalam sebuah akaun, sebelum menyedari wang dalam akaun itu telah berkurangan setelah semakan dibuat.

Justeru, mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, Ramli mengulangi nasihatnya supaya orang ramai sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan membuat semakan terperinci terlebih dahulu sebelum bertindak.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.