Pesara wanita rugi RM131,820 diperdaya sindiket pelaburan emas palsu

LocalBusiness & Finance
21 Nov 2026 • 3:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pesara wanita rugi RM131,820 diperdaya sindiket pelaburan emas palsu

Pesara wanita berusia 59 tahun kerugian RM131,820 selepas terpedaya skim pelaburan emas dalam talian yang diiklankan di Facebook

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara wanita kerugian RM131,820 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan emas dalam talian, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 59 tahun menyertai skim pelaburan yang diiklankan di laman sosial Facebook itu pada 30 Okt selepas dijanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

Beliau berkata mangsa berhubung dengan suspek lelaki melalui aplikasi WhatsApp dan membuat pelaburan menggunakan wang simpanan persaraannya.

“Mangsa membuat 38 pembayaran berjumlah RM131,820 ke empat akaun bank dari 30 Okt hingga 19 Nov.

“Dia diberitahu perlu membayar RM19,000 sebagai kos pemprosesan untuk mendapatkan keuntungan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang curiga membuat laporan polis pada 12.25 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved