Sindiket “phone scam”: Kad bank diletak tepi tong sampah, pesara rugi RM436,000

17 Nov 2026 • 4:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Sindiket “phone scam”: Kad bank diletak tepi tong sampah, pesara rugi RM436,000

Seorang pesara wanita di Kuala Terengganu diperdaya sindiket phone scam yang menyamar sebagai polis; diarah menggadai barang kemas dan beri kad bank

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara wanita kerugian RM436,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada awal Okt, mangsa yang berusia 63 tahun dihubungi suspek yang menyamar sebagai polis.

Beliau berkata suspek mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan akaun banknya telah disenarai hitam oleh Bank Negara untuk siasatan lanjut.

“Suspek mengarahkan mangsa supaya menggadaikan barang kemas miliknya dan wang tersebut dimasukkan ke akaun bank.

“Kad bank itu pula diletakkan di tepi tong sampah sebuah pasar raya di Kuala Nerus yang akan diambil oleh anggotanya. Mangsa yang bimbang dikenakan tindakan undang-undang mengikut arahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa hanya menyedari kehilangan wang selepas mendapatkan penyata di sebuah cawangan bank semalam dan hasil semakan mendapati terdapat aktiviti pengeluaran wang sebanyak RM436,036 dari 13 Okt hingga 4 Nov lepas.

Katanya, mangsa membuat laporan polis pada 1.26 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved