Pesawat Bawa 10 Orang Dilapor Hilang Di Alaska

WorldTravel
7 Feb 2025 • 2:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pesawat Bawa 10 Orang Dilapor Hilang Di Alaska

Sebuah pesawat komersial kecil yang membawa 10 individu dilaporkan hilang di barat laut negeri Alaska, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, lapor AFP.

Polis Negeri Alaska berkata pesawat jenis Bering Air Caravan dari Unalakleet itu sepatutnya tiba di Nome mengikut waktu yang telah dijadualkan iaitu pada 4.00 petang (waktu tempatan).

Menurut AFP, kedua-dua bandar ini terletak kira-kira 235 kilometer di antara satu sama lain merentasi Norton Sound.

Ketika ini, pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha untuk sampai ke koordinat terakhir yang diketahui. Menurut laporan, seramai sembilan penumpang dan seorang juruterbang berada dalam pesawat itu.

Kehilangan pesawat ini berlaku selepas beberapa siri insiden penerbangan yang terjadi di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Imbas kembali, sebuah jet penumpang telah bertembung dengan helikopter tentera AS di udara pada 30 Januari lalu. Kejadian itu telah menyebabkan 67 orang terkorban.

Selain itu, ia juga disusuli dengan satu lagi nahas penerbangan yang melibatkan pesawat perubatan sehingga tujuh orang dilaporkan maut.

Sumber: AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved