Pesawat tempur Gen 5, kapal pengangkut perkuat Latihan Bersama Lima di Malaysia

29 Sep 2025 • 9:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pesawat tempur Gen 5, kapal pengangkut perkuat Latihan Bersama Lima di Malaysia

image is not available

29/09/2025 - 09:00

Dua pesawat F-35 jenis sama milik RAAF yang bakal terlibat dalam Latihan Bersama Lima 2025. Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 29 September - Penyertaan pesawat tempur generasi kelima (Gen 5), F-35 Lightning II pada Eksesais Bersama Lima 2025 membawa dimensi baharu dalam perancangan operasi moden kepada negara peserta.

Pesawat milik Australia dan United Kingdom (UK) tersebut akan disertai lain-lain pesawat termasuk Sukhoi SU-30MKM, Hawk selain Airbus A400M dan C-130H.

Malaysia menjadi tuan rumah latihan tahunan tersebut melibatkan lima negara anggota Peraturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) seperti United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura.

Latihan dijalankan di sekitar perairan Laut China Selatan dan Semenanjung Malaysia.

image is not available
Pesawat F-35 milik Australia (RAAF) semasa tiba di Pangkalan TUDM Kuantan.

image is not available

image is not available
Pesawat F-35 RAAF semasa melintasi kapal frigat HMAS Balarat di perairan Laut China Selatan.

Eksesais Bersama Lima merupakan latihan berskala besar membabitkan operasi di darat, laut dan udara dengan penyertaan lebih 4,000 anggota tentera.

Latihan ini menekankan keupayaan operasi bersama (combined and joint operations) antara kelima-lima negara anggota.

Ia melibatkan angkatan laut, udara dan darat dalam misi mempertahankan Malaysia dan Singapura daripada ancaman musuh bayangan.

Penyertaan pesawat Gen 5 dilihat sebagai satu elemen paling signifikan kali ini.

Ia menandakan tahap integrasi teknologi pertahanan udara yang semakin tinggi dalam kerjasama serantau.

image is not available
Armada UK Carrier Strike Group diketuai kapal pengangkut pesawat HMS Prince of Wales.

image is not available

image is not available

Australia menghantar pesawat F-35A Lightning II yang telah pun tiba di Pangkalan TUDM Butterworth

Turut terlibat frigat Kelas Anzac HMAS Ballarat serta 400 tentera.

Sementara itu, UK membawa kekuatan yang lebih besar dengan kehadiran penuh UK Carrier Strike Group diketuai kapal pengangkut pesawat moden HMS Prince of Wales.

Kapal ini membawa 18 buah pesawat F-35B, versi pesawat pejuang berlepas dan mendarat secara menegak (STOVL) yang canggih.

UK Carrier Strike Group turut disokong oleh kapal frigat HMS Richmond dan kapal tangki armada RFA Tidespring.

image is not available

image is not available
Panglima ATM, Jeneral Tan Mohd Nizam Jaffar (tengah) bersama wakil-wakil pertahanan dari negara-negara anggota FPDA selepas merasmikan pembukaan Latihan Bersama Lima 2025 di Kuantan, Pahang.

Latihan ini juga mencerminkan komitmen berterusan FPDA, satu-satunya perjanjian pertahanan pelbagai hala di Asia Tenggara yang telah wujud sejak 1971.

Setelah lebih lima dekad, FPDA terus menjadi asas kerjasama strategik dalam memastikan kestabilan dan keselamatan serantau.

image is not available

Kehadiran aset berteknologi canggih seperti F-35 dan kapal pengangkut pesawat terkini menonjolkan perpaduan strategik lima negara dalam menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan.

Sepertimana diketahui, Singapura menjadi negara tunggal di Asia Tenggara yang bakal mengoperasikan pesawat tempur Gen 5 jenis F-35 pada tahun hadapan. - DagangNews.com

standard