Pesawat Terlalu Berat Untuk Berlepas, 20 Penumpang Terpaksa Dikeluarkan

WorldTravel
24 Aug 2025 • 10:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pesawat Terlalu Berat, 20 Penumpang ‘Terpaksa Turun’ Sebelum Berlepas

Seramai 20 penumpang terpaksa turun dari sebuah kapal terbang British Airways (BA) di lapangan terbang di Itali, lapor The Sun UK.

Difahamkan, pesawat itu dalam penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Kota London, Britain apabila penumpang diarahkan untuk turun disebabkan cuaca panas melampau yang menyebabkan ia terlalu berat untuk berlepas.

Pesawat BA Embraer ERJ-190 memerlukan lebih banyak bahan api kerana ia perlu bekerja lebih keras untuk mencapai altitud penerbangan disebabkan suhu mencecah 35 darjah Celsius, sekaligus menjadikan udara kurang tumpat.

Situasi bertambah rumit kerana landasan pendek sejauh 1,559 meter di Lapangan Terbang Amerigo Vespucci, Florence berbanding landasan utama di lapangan terbang Gatwick yang berukuran 3,315 meter.

Pihak British Airways memohon maaf kepada penumpang

“Juruterbang memberitahu sebahagian penumpang perlu turun kerana cuaca terlalu panas

“Suhu ketika itu sekitar 35 darjah Celcius dan mereka memerlukan bahan api tambahan supaya enjin dapat berfungsi dengan baik,” kata seorang penumpang seperti yang dilaporkan dalam The Sun UK.

Di samping itu, kakitangan syarikat penerbangan terbabit memaklumkan bahawa 36 orang sepatutnya diturunkan, namun akhirnya hanya sekitar 20 penumpang yang perlu keluar dari pesawat tersebut.

The Sun UK melaporkan pihak British Airways memohon maaf kepada penumpang yang terjejas oleh insiden berkenaan.

“Disebabkan sifat unik lapangan terbang dengan landasan yang pendek, suhu melampau mempengaruhi tekanan udara, maka berat pesawat perlu dikurangkan

“Pasukan kami telah berusaha sedaya upaya bagi memastikan penumpang tiba di destinasi mereka secepat mungkin,” kata jurucakap BA.

Sumber: The Sun UK