
First Time Masuk ‘Hutan Mini’ Di KLIA, Perkongsian Wanita Ni Curi Perhatian
Sebut saja “KLIA”, mesti ramai terus terbayang lapangan terbang moden dengan penumpang yang sibuk ke sana sini.
Mana tidaknya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memang terkenal sebagai pintu masuk utama Malaysia.
Dengan kemudahan bertaraf dunia, ia menjadi lokasi transit penting terutamanya bagi penumpang antarabangsa.
Tapi siapa sangka, di kawasan yang sibuk dengan pelancong yang tak pernah putus itu, sebenarnya ada satu ruang hijau yang cukup menarik.
Tarikan unik ini dipanggil “KLIA Jungle Boardwalk”, mungkin salah satu port rare yang sesuai untuk tenangkan fikiran sambil tunggu flight.
Baru-baru ini, pengguna TikTok @travelwithkikiiii berkongsi pengalaman meneroka kawasan ini, sekali gus mendedahkan pemandangan yang mengejutkan.
Ruang dalam terminal tersebut dipenuhi tumbuhan tropika semula jadi, laluan pejalan kaki kayu dan air terjun mini.
“Betul-betul dapat rasa udara yang segar,” katanya.
Menurutnya lagi, suasana di situ seolah-olah membawa pengunjung masuk ke hutan tropika sebenar, jauh daripada bunyi bising terminal.
Difahamkan, lokasi ini terletak di dalam Bangunan Satelit Terminal A, KLIA 1. Ia juga hanya boleh diakses oleh penumpang antarabangsa selepas pemeriksaan keselamatan.
Lebih menarik, masuk adalah percuma dan mudah diakses.
Kalau nak ke sana, penumpang cuma perlu naik Aerotrain dari Bangunan Terminal Utama (MTB) ke Bangunan Satelit.
@travelwithkikiiii Banyak kali fly dari sini, first time masuk hutan dalam KLIA ni #kliajungleboardwalk #kliajunglebroadwalk #hutandalamklia #klia
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu buat ramai warganet terkejut sebab langsung tak sangka KLIA ada tarikan macam ni.
“Kenapa tak pernah nampak?”
“Baru tahu selama ni tak tahu pun.”
“Ni AI ke betul ni, jangan gula-gulakan saya.”
“Macam masuk dimensi lain lah.”
“Tak pernah tahu pun tempat ni, padahal banyak kali dah pergi KLIA.”
“Sejak bila ada? Boleh terlepas flight ni, ralit tengok flora dengan fauna.”
Sumber: TikTok @travelwithkikiiii
The post First Time Masuk ‘Hutan Mini’ Di KLIA, Perkongsian Wanita Ni Curi Perhatian appeared first on Siakap Keli.




