Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta

15 Nov 2026 • 8:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta

IPOH – Seorang lelaki berusia 57 tahun yang menunggang sebuah motosikal maut selepas terperosok di bawah kereta dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 284, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini pada pukul 4.50 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan maut itu melibatkan dua buah kereta iaitu sebuah Nissan Grand Livina, sebuah Honda Odyssey dan sebuah motosikal Modenas Elegan.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang penunggang motosikal terperosok di bawah kereta Honda dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan awam.

“Sementara itu, pembonceng motosikal, seorang wanita berusia 58 tahun yang terjatuh ke tengah jalan mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, bomba menggunakan peralatan khas dan mendapatkan trak penunda untuk mengangkat kereta bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved