Peserta ‘Elit’ Tercirit, Penganjur HYROX Keluar Kenyataan – “Mereka Yang Buli Siber Akan ‘Dibanned’ Seumur Hidup”

14 Sep 2026 • 1:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penganjur kejohanan kecergasan antarabangsa, HYROX, tampil mengeluarkan kenyataan rasmi susulan tindakan segelintir netizen yang didakwa melemparkan celaan, serangan siber dan ugutan terhadap seorang peserta.

Isu tersebut mula menjadi perhatian selepas tular dakwaan mengenai seorang atlet yang mengalami masalah penghadaman sehingga mengalami insiden “tercirit” ketika sedang menyertai pertandingan.

Advertisement
View this post on Instagram

Menerusi kenyataan rasmi, HYROX mengakui insiden berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan, rasa kurang senang dan perbincangan hangat dalam kalangan komuniti mereka.

“Kami menyedari bahawa perkara ini boleh menimbulkan rasa kecewa, persoalan, dan pandangan yang keras daripada komuniti kami. Kebimbangan tersebut adalah wajar dan sebagai penganjur, kami bersedia untuk mendengar, menilai apa yang berlaku, dan bertanggungjawab untuk terus membuat penambahbaikan.”

Bagaimanapun, HYROX menegaskan bahawa rasa kecewa terhadap sesuatu insiden tidak sepatutnya menyebabkan serangan secara peribadi terhadap atlet.

Penganjur turut menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk ugutan fizikal atau gangguan terhadap peserta yang bertanding.

View this post on Instagram

Menurut HYROX, para atlet telah melakukan persiapan dan berusaha keras untuk bersaing pada tahap tertinggi, justeru keselamatan serta maruah mereka perlu dihormati.

Pihak penganjur kini sedang meneliti dan mengenal pasti individu yang didakwa terlibat dalam serangan siber serta gangguan tersebut sebelum tindakan tatatertib selanjutnya diambil.

HYROX dalam masa sama menegaskan komitmen untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan maruah atlet terus menjadi keutamaan dalam setiap penganjuran kejohanan.

Penganjur turut menyeru komuniti kecergasan global supaya bergerak ke hadapan dengan mengutamakan semangat kesukanan, kecekalan dan rasa hormat antara satu sama lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Peserta ‘Elit’ Tercirit, Penganjur HYROX Keluar Kenyataan – “Mereka Yang Buli Siber Akan ‘Dibanned’ Seumur Hidup”2026-09-11 10:50:13

Lelaki Malaysia Didakwa Kahwin Tukang Urut Thailand, Isteri Pertama Tak Tahu - "Macam Pond*n Je Skandal Tu"

The post Peserta ‘Elit’ Tercirit, Penganjur HYROX Keluar Kenyataan – “Mereka Yang Buli Siber Akan ‘Dibanned’ Seumur Hidup” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved